Rabu, 17 April 2013

#PRU13 - PERLANCARAN MANIFESTO BN SELANGOR #akujanibnsgor


AKUJANJI BN SELANGOR.

Ringkasan ucaptama DS Najib (sila baca Utusan Malaysia esok Hari untuk Teks Lengkap Ucaptama DS Najib) :-
"kita patut tanya kepada rakyat Selangor adakah mereka telah menikmati manifesto kerajaan Pakatan DAP PKR PAS Selangor dahulu"
"Air percuma 20 mete padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma. Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB. "
"25,000 unit rumah akan dibina berkeluasan minimum 1,000 kaki persegi bagi golongan berpendapatan RM3,000 - RM5,000 sebulan dengan harga maksimum RM300,000"
  "Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk bekas tentera&polis dan penjawat awam agensi kerajaan negeri."
Aku janji hala tuju Selangor jika BN diberi mandat pada PRU-13 ini, dua rangkap ayat yang bermakna iaitu menepati janji dan membawa harapan. Empat tahun ini kerajaan menepati janji kepada rakyat, tidak ada kerajaan di dunia dan pemimpin di dunia yang berani berdepan dengan rakyat dan membentangkan prestasi pemimpinnya. Kita susuli dengan janji baru, bila kita sebut rangkai ayat membawa harapan maka BN tidak janji yang kosong tetapi membawa harapan baru kepada rakyat kitaRekod kerajaan BN tidak boleh dipertikaikan lagi, penganalisis politik dan ekonomi telah membawa perubahan yang besar. Ekonomi berkembang pesat dan kekayaan negara meningkat dengan kadar dikagumi dunia. 
Kita dengar denyut nadi rakyat dan apabila sara hidup adalah penting, kita perkenalkan BR1M.  
Kalau manifesto bukan janji apa guna dibentangkan kepada rakyat. 
Apakah rakyat Selangor telah menikmati janji kerajaan Selangor dan jika tidak, janji tinggal janji. 
Kalau dijanjikan perlindungan alam sekitar, apa yang dilihat kejadian curi pasir tanpa kawalan, apakah janji ditepati.  
Masalah air di Selangor akan rencatkan ekonomi Lembah Klang yang merupakan 60 peratus pendapatan negara, jadi perlu dipastikan kejayaan pembangunan wilayah ini penting untuk memastikan Malaysia mencapai negara maju.  
Tabung bayi baru lahir RM100, tidak ada siapa yang dapat, bantuan. Bantuan RM75 anak di pusat penjagaan juga tidak diberi, orang mungkir janji adalah ciri orang yang munafik. 
Dokumen manifesto untuk masa depan lebih baik untuk rakyat Selangor. - Selanjutnya bacalah dan langganilah UTUSAN MALAYSIA YEA.


\

PERLANCARAN MANIFESTO BN SELANGOR DI SACC MALL SHAH ALAM pada malam ini, dilancarkan oleh DS PM sendiri selaku Pengerusi Perhubungan BN Selangor. ANTARA lain,:-

Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor
MASYARAKAT LEBIH PRIHATIN LEBIH PENYAYANG
*Dana khas aktiviti kemasyarakatan kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru bernilai sehingga RM5,000 setahun.
*Dana khas pengurusan kepada JMB berdaftar sehingga RM5,000 setahun.
*Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukkan bernilai RM5,000 setahun.
*Dana khas kepada JK Penduduk Ladang (JKPL) sebanyak RM5,000 setahun.
*Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab-kelab sosial tempatan berdaftar dan persatuan perkhidmatan awam negeri.
*Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk rukun tetangga tempatan bagi tujuan penyelenggaraan keselamatan komuiti dan akriviti rondaan.
*Bantuan kewangan, pengurusasan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar yang setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar.
*Menyediakan dan menaik taraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam kesemua sembilan buah daerah di Selangor.
*Menyediakan kemudahan Wifi dan pusat jalur lebar percuma komuniti di kawasan-kawasan strategik seluruh Selangor.
*Menyediakan kemudhan taman tema dan pusat rekreasi tempatan serta kemudahan sukan bagi kemudahan rakyat terutama golongan yang sudah berkeluarga untuk beriadah dan bersosial secara sihat di setiap daerah.
KUALITI KEHIDUPAN LEBIH SELAMAT DAN SEJAHTERA
MENAIK DAN MENAMBAH BILANGAN PBT
-Menambah jumlah PBT daripada 12 PBT kepada 14 PBT untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. PBT baru: Majlis Perbandaran Bangi. Majlis Perbandaran Klang Utama, Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)
MODEL BANDAR SELAMAT (SELANGOR SAFE CITY)
- Mewujudkan model bandar dan komuniti selamat di kesemua 14 PBT dan akan diluaskan ke seluruh Selangor menjelang tahun 2020.
-Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk pencegahan jenayah, keselamatan dan bencana.
- Memasang CCTV di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah.
- Menyediakan pasukan Rapid Reponse Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.
* Menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk membantu permasalahan rakyat dan memperkasakan sistem maklumbalas kerajaan dan fasilitasi janji manifesto Barisan Nasional Selangor.
PERUMAHAN LEBIH MAMPU MILIK 
- Mengembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dalam menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat Selangor.
- Menyediakan skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhanas.
- 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggir/luar bandar bernilai RM50,000
-15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi akan dibina bagi golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan RM80,000 seunit. 
Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda. Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang untuk memulakan kerjaya dan melanjutkan pelajaran. Pembukaan kawasan baru untuk penempatan tersusun dengan kemduahan infrastruktur dan bayaran premium yang minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang. 


SUMBER DI PETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA TERMASUKLAH GAMBAR-GAMBAR. LAPURAN SELEBIHNYA SILALAH BELI DAN LANGGAN UTUSAN MALAYSIA PADA HARI ESUK. UTUSAN MALAYSIA MEMANG TERBAIK !

#PRU13 PUKULAN MAUT DR ROZAIDAH TALIB KEPADA PARA PEMFITNAHNYA @NajibRazak @barisannasional



"Janganlah kamu menuduh wanita-wanita baik berzina"

Inilah sumpah DR ROZAIDAH TALIB yang telah di fitnah BERZINA / BERKHALWAT oleh pemfitnah berbayar DAP PRK PAS yg tak takut DOSA dan HUKUMAN QAZAF :-

' WALLAHI WABILLAHI WATALAHI .. SAYA TAK PERNAH DI TANGKAP KHALWAT DENGAN MANA-MANA LELAKI. SILA BUKTIKAN JABATAN AGAMA MANA YANG ADA LAPORAN TENTANG PERKARA INI & DGN LELAKI MANA SAYA DIKAITKAN. TENTANG ISU LAPORAN BEKAS SUAMI:- LAPORAN DI BUAT PADA 26/8/2007. KAMI TELAH BERCERAI PADA 8/7/2007 ORANG BOLEH MEREKA-REKA CERITA GILA TENTANG SAYA- DR ROZAIDAH TALIB


Apa macam para pemfitnah tegar DAP PKR PAS?
Anwar Ibrahim , Azmin Ali dan Stopa Ali pun tak BERANI NAK BERSUMPAH

#PRU13 - MELAYU SELANGOR JANGAN PECAHKAN UNDI ANDA LIHAT STATS INI! @barisannasional @NajibRazak



JUMLAH PENGUNDI SELURUH MALAYSIA YANG BOLEH MENGUNDI IALAH 13, 129, 385 ORANG. PERATUSAN TERTINGGI ADALAH MELAYU !

SELANGOR ---> 2,006, 868 juta orang
MELAYU ------> 1,007, 612 juta orang.

sedarlah MELAYU SELANGOR !
Apa guna nak EKSYEN PASAI MATANG , PASAL REVOLUSIONER, PASAL UBAH, PASAL ITU DAN INI,
Bilangan kamu di Selangor yang boleh MENGUNDI IALAH:-

1,007,612 JUTA ORANG laaaaa .......

TENGOK MATEMATIK INI , KAMU:-

1,007,612 / 2,006,868

Jumlah pengundi CINA, INDIA
688,597 + 288,709 = 977, 306

buat apa korang nak PECAHKAN UNDI DAN KEKUATAN KORANG SENDIRI ?
UNDI JE BN SEMUA SEKALI!
BERIKAN KEPADA BN 1,007,612 JUTA UNDI MELAYU TU KEPADA BN.





#PRU13 - RAKYAT DAH MUAK POLITIK CACI MAKI DAN PERBODOHKAN ORANGLAIN STAIL DAP PAS PKR @barisannasional


Kesilapan TERBESAR DAP PKR PAS ialah mengitar semula Budaya Politik keji mengeji, caci-maki hamun dan perbodohkan oranglain stail 40an, 50an, 60an, 70an dan 80an. Rakyat makin menyampah bila DAP PKR PAS 'Memaksakan' kehendak mereka ke atas rakyat. 
Rakyat di suruh berdemo.
Rakyat di suruh guling berguling
Rakyat di suruh itu dan ini.
Rakyat di suruh bangkit membangkit
Akhirnya Rakyat mendapat bala dan DAP PKR PAS kaut LABA nya.


#PRU13 - PASUKAN TRANSFORMASI , JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA @NajibRazak @barisannasional


Artikel menarik daripada Prapukari mengulas perbandingan calun-calun Pasukan Transformasi dengan calun-calun masturbasi DAP PKR PAS:-
Jika pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di seluruh negara semalam mahu ditonjolkan sebagai satu pasukan tranformasi yang cukup luar biasa, saya fikir saya harus berbeza pendapat dengan Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Calon yang ditonjolkan tidak sehebat dan semegah yang cuba digambarkan. 
Kita harus memasarkan realiti kerana hakikatnya di beberapa negeri terutamanya Selangor, terdapat calon-calon yang dipilih secara tidak berhati-hati dan tampak tidak melalui proses pemilihan yang serius. Jika tidak pastinya suara-suara tidak berpuas hati dan komentar sinis tidak bercambah di kalangan ahli dan penyokong BN sendiri. Hari ini saya pasti Mohd Najib telah pun sedar siapa yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan seperti ini dan mengenali yang mana intan dan yang mana kaca. 
Oleh kerana pasukan Najib memilih untuk membombastik atau membesar-besarkan senarai calon BN kali ini, maka sedikit cacat cela pun akan diperhati da dibesarkan oleh rakyat. Inilah hakikat apabila kita melancarkan propaganda melampau hingga meloyakan. 
Hakikatnya, jika barisan calon BN ini dilihat dan dianalisis atas neraca yang berpaksi realiti, ia merupakan satu barisan calon yang cukup baik untuk lima tahun akan datang. 
Setelah lima tahun bergelut dengan tuduhan, fitnah, serangan peribadi, barisan calon yang menggabungkan tenaga muda dan senior, calon muka baru dan lama, serta comeback yang dibuat oleh beberapa calon ,telah memberikan satu nafas segar kepada politik BN. 
Memang ada calon BN yang dikemukakan mempunyai imej tercemar dan ada cacat-cela. Ini bukan luar biasa kerana manusia politik biar apa pun agama anutan, ideologi politik atau wacana poilitik yang beliau sertai tidak mungkin sempurna sifatnya. Namun di sebalik cacat cela yang ada, calon-calon yang dikemukakan ini jauh lebih baik daripada calon-calon Pakatan yang telah diumumkan mahu pun bakal bertanding. ~ Ab Jalil Backer baca seterusnya 'CALUN TRANFORMASI lwn CALUN MASTURBASI'
Berikut ialah senarai calun-calun BN di Selangor bagi Parlimen dan DUN:-


P.092 SABAK BERNAM
- Mohd Fasiah Mohd Fakeh
* N.01 Sungai Air Tawar
- Kamarol Zaki Abdul Malik
* N.02 Sabak
- Abd Halim Udin

P.093 SG. BESAR
- Dato' Noriah Kasnon
* N.03 Sg Panjang
- Budiman Mohd Zohdi
* N.04 Sekinchan
- Kek Seng Hooi

P.094 HULU SELANGOR
- P. Kamalanathan
* N.05 Hulu Bernam
- Dato' Rosni Sohar
* N.06 Kuala Kubu Baharu
- Jessie Ooi
* N.07 Batang Kali
- Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P.095 TANJUNG KARANG
- Dato' Seri Noh Omar
* N.08 Sg. Burong
- Dato' Shamsuddin Lias
* N.09 Permatang
- Sulaiman Abd Razak

P.096 KUALA SELANGOR
- Datuk Irmohizam Ibrahim
* N.10 Bukit Melawati
- Jakiran Jacomah
* N.11 Ijok
- K. Parthiban
* N.12 Jeram
- Dato' Amiruddin Setro

P.097 SELAYANG
- Dato' Donald Lim Siang Chai
* N.13 Kuang
- Abdul Shukur Idrus
* N.14 Rawang
- Lee Li Yew
* N.15 Taman Templer
- Dato' Seri Subahan Kamal

P.098 GOMBAK
- Datuk Dr. Rahman Ismail
* N.16 Batu Caves
- Rawichandran a/l Narayanan
* N.17 Gombak Setia
- Datuk Said Anuar Said Ahmad
* N.18 Hulu Kelang
- Abdul Rahim Kamarudin

P.099 AMPANG
- Dr. Rozaidah Talib
* N.19 Bukit Antarabangsa
- Mohamad Nadzim Ibrahim
* N.20 Lembah Jaya
- Dato' Baderisham Jolly

P.100 PANDAN
- Gary Lim Chin Yee
* N.21 Chempaka
- Muhammad Faizal Sufar
* N.22 Teratai
- Liew Pok Boon

P.101 HULU LANGAT
- Adzhaliza Mohd Nor
* N.23 Dusun Tua
- Ismail Sani
* N.24 Semenyih
- Dato' Johan Abd Aziz
* N.25 Kajang
- Lee Ban Seng

P.102 SERDANG
- Dato' Yap Pian Hon
* N.26 Bangi
- Dato' Mohd Zaidi Md Zain
* N.27 Balakong
- Dato' Dr. Lai Kwong Choy
* N.28 Seri Kembangan
- Raymond Chin Toong Kang

P.103 PUCHONG
- Dato' Loo Yeng Peng
* N.29 Seri Serdang
- Mohamad Yusof Mohamed Yasin
* N.30 Kinrara
- Dr. Kow Cheong Wei

P.104 KELANA JAYA
- Loh Seng Kok
* N.31 Subang Jaya
- Gan Meng Foo
* N.32 Seri Setia
- Tengku Ridwan Tengku Mansor

P.105 PETALING JAYA SELATAN
- Sheah Kok Fah
* N.33 Taman Medan
- Dato' Dr. Wahab Ibrahim
* N.34 Bukit Gasing
- Juan Sei Chang

P.106 PETALING JAYA UTARA
- Chiew Hoon Ling
* N.35 Kampung Tunku
- Chong Seng Foo
* N.36 Damansara Utama
- Dato' Lim Choon Kim

P.107 SUBANG
- Prakash Rao a/l Appalanaidoo
* N.37 Bukit Lanjan
- Francis Chong Tuck Chiew
* N.38 Paya Jaras
- Dato' Ir. Muhd Bushro Mat Johor
* N.39 Kota Damansara
- Halimaton Saadiah Borhan

P.108 SHAH ALAM
- Dato' Zulkifli Noordin
* N.40 Kota Anggerik
- Mohd Yusof Din
* N.41 Batu Tiga
- Dato' Ahmad Nawawi Dato' M Zin

P.109 KAPAR
- Sakthivel
* N.42 Meru
- Sukaiman Ahmad
* N.43 Sementa
- Md Ghazali Mohd Amin
* N.44 Sungai Pinang
- Lee Chee Chun
* N.45 Selat Klang
- Faisal Yahya

P.110 KLANG
- Dato' Teh Kim Poo
* N.46 Pelabuhan Klang
- Dato' Nasaruddin Dato' Md Zin
* N.47 Pandamaran
- Dato' Dr. Ching Eu Boon
* N.48 Kota Alam Shah
- Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz

P.111 KOTA RAJA
- S. Murugesan
* N.49 Seri Andalas
- T. Mohan
* N.50 Sri Muda
- Mohd Abd Raof Mokhtar

P.112 KUALA LANGAT
- Kapt (B) Sharuddin Omar
* N.51 Sijangkang
- Zurihan Yusop
* N.52 Teluk Datuk
- Tan Cheng Kai
* N.53 Morib
- Hasiman Sidom

P.113 SEPANG
- Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed
* N.54 Tanjong Sepat
- Nisman Yusof
* N.55 Dengkil
- Shahrum Dato' Mohd Sharif
* N.56 Sungai Pelek
- Ng Chok Sin


Kita tahu DAP PKR PAS seringkali melakukan MANUVER POLITIKAL yang agak LUARBIASA kerana mereka di bantu oleh PIHAK LUAR. Tak hairan kerana 'petanda-petanda' itu sudah kelihatan di mana DAP PKR PAS menangguhkan pengisytiharan 'calun-calun' mereka di Perak dan Negeri Sembilan. Tidak mustahil mereka melakukannya untuk meletakkan 'calun-calun' yang mereka fikir lebih berpotensi untuk di jual kepada pemilih. 

BN sudahpun memiliki sebuah produk terhebat MANIFESTO AKUJANJI berbanding DAP PKR PAS. Kini apa yang diperlukan oleh BN ialah calun-calun yang 'OK' (tiada masalah moral dan skandal lampau) dan jentera yang berpuashati.

Apapun kita semua perlu masuk GEAR KEMENANGAN bagi membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai MANDAT KUKUH dan DIPERCAYAI LEBIH DARI 2/3 MAJORITI PENGUNDI MALAYSIA.

#PRU13 - ISU MORAL BAKAL JADI MODAL KEMPEN DAP PKR PAS DI SELANGOR @NajibRazak @barisannasional

Adzhaliza Mohd Nor
Antara 8 orang Calun-calun Wanita Yang Menerima Watikah Sebagai Calun BN di Selangor.Dalam Gambar Puan Adzhaliza Md Nor, Peguam berusia 46 tahun yang bergiat aktif dalam kerja kebajikan di Kajang dan Hulu Langat ini mula menceburi bidang politik pada 2001 dan menyandang jawatan Ketua Puteri Umno Hulu Langat hingga 2004. Sekarang beliau ialah adalah bendahari Wanita Umno Hulu Langat. Tahniah Buat Adzhaliza Md Nor; Semoga Mampu Menumbangkan Kekuatan Jentera DAP PKR PAS Hulu Langat Dr Che Rosli.

Berikut dua petikan kata-kata daripada dua pemimpin UMNO dalam BARISAN NASIONAL:-
Kata Tengku Adnan Tengku Mansor (adiknya menjadi calun di DUN Seri Setia dan mendapat bantahan daripada akar umbi) "Calon-calon yang diketengahkan adalah yang terbaik dan sudah pasti pembangkang akan buat macam-macam cerita negatif terhadap calon ini," katanya kepada pemberita selepas majlis solat hajat dan doa selamat di kediamannya di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE



Manakala ambe nak menarik perhatian pembaca kepada apa yang dikatakan DS Najib semasa penyerahan Watikah Calun dari Parti Komponen di PWTC hari semalam 14/4/2013, antara lain:-

Najib berkata, ini adalah senarai akhir dan harap tidak perlu diubah walaupun ia masih boleh diubah. Najib yakin pasukan BN terkuat yang dapat diketengahkan 
Najib berkata, tidak realistik jika kata semua kerusi boleh menang. 
Cuba ketengahkan calon wanita tetapi tidak mudah.
Perubahan besar di negeri yang BN kalah. (Kedah, Selangor, Pulau Pinang & Perak - off record)
Pada PRK Permatang Pasir, calun BN kalah di atas isu moral. Dan Hj Hadi menjustifikasikannya seperti berikut:-



Kita tahu komitmen Tinggi DAP PKR PAS mahu "Menawan Putrajaya" dengan meniupkan 'SENTIMEN KEBENCIAN - Indeks Kebencian - KEPADA UMNO/ BARISAN NASIONAL". Indeks Kebencian tersebut hanya mampu diamplifikasikan melalui isu-isu moral melalui 'Perbandingan'. Akhirnya, akan menyebabkan RAKYAT KECEWA.

Anda bayangkan sendiri "Impak Maksimum" bilamana isu-isu Moral di buat Perbandingan oleh jentera siberteruper DAP PRK PAS. Kesannya akan turut mencederakan imej semua calun-calun dalam Pasukan Transformasi BN.

Jom jadikan LAGU INI SEBAGAI MOTIVASI UNTUK MASUK GEAR KEMENANGAN .. "ASAL CALUN BN, KITA UNDI SAJALAH" - pesan TUN DR MAHATHIR SURUH KITA BERFIKIR DAN JANGAN MUDAH LUPA.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...