Sabtu, 10 September 2011

REALISTIKA ATAU FANTASTIKA? MANA PILIHAN ANDA?

Salah satu hujah yang pernah Lim Kit Siang selalu gunakan untuk menghentam kerajaan dan mengakarkan kepada lumbu-lumbunya ialah KITA ADA HAK SEBAGAI SEORANG PEMBAYAR CUKAI Manakala Ronnie Liu pernah berkata 'Kalau tidak bayar cukai pintu kami tak ambil pusing' dalam kejadian tanah runtuh membabitkan sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat.

Nah bukanlah sekarang Telco sudah memberikan peluang seluasnya kepada kita semua untuk mendapat hak membuat pengaduan bila kita membayar cukai perkhidmatan 6% yang selama ini diserapkan oleh Telco dalam perkhidmatan prabayar talipon mudah alih?

Bukanlah bermaksud untuk mengampu-ngampu atau membodek-bodek mana-mana pihak tetapi kita perlu bersikap realistik daripada mengharapkan sesuatu yang fantastik semata-mata. Secara realistik, selama perkhidmatan prabayar diperkenalkan, cukai perkhidmatan tersebut telah diserapkan oleh Telco melalui caj panggilan yang mahal tetapi dimurahkan melalui sms. 

Apabila cukai perkhidmatan diletakkan kepada pengguna, ini bermakna kita sebagai pengguna mempunyai hak bersuara jika perkhidmatan yang diberikan adalah tidak memuaskan hati. 

Dalam sistem ekonomi pada hari ini, cukai perkhidmatan bukanlah sesuatu yang asing dan terasing kepada kita. Kita dikenakan cukai di atas perkhidmatan yang diberikan kepada kita di samping caj yang dikenakan. Cukai tersebut akan dikitarkan semula dalam sistem belanjawan negara kepada kita. 

Sepatutnya kita hanya mempersoalkan samada kadar cukai yang dikenakan itu bersepadanan dengan perkhidmatan yang diberikan. Inilah realiti yang perlu kita amalkan mulai sekarang sebagai persediaan menjadi sebuah masyarat dalam negara maju. 

Janganlah kita terikut rentak Pakatan pro Komunis yang semakin tolol dan dungu kerana mengharapkan fantastika tanpa berusaha dan berkorban. Mereka semuanya sudah dijangkiti dnegan virus pemalas dan kedekut hanya mementingkan diri sendiri. 




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...